30 tahun tragedi nuklear Chernobyl

30 tahun tragedi nuklear Chernobyl

KIEV, 26 April – Ukraine pada hari ini menandakan 30 tahun sejak kemalangan nuklear paling teruk di dunia di Chernobyl membunuh beribu-ribu orang dan memaksa pemikiran semula global mengenai kewajaran bergantung pada bahan api nuklear.

Lebih 200 tan uranium masih berada di dalam reaktor usang yang mengeluarkan asap radioaktif di tiga perempat daripada kawasan Eropah selepas kegagalan satu ujian keselamatan yang cuba disembunyikan oleh pihak berkuasa Soviet.

Kebimbangan berlarutan mengenai berlakunya kebocoran baru jika struktur konkrit yang menutup toksin roboh telah mendorong usaha antarabangsa untuk membiayai pembinaan gerbang baru yang mungkin mengekalkan tapak tersebut dalam keadaan selamat untuk sekurang-kurangnya satu abad.

Penderma antarabangsa semalam menjanjikan wang tambahan sebanyak 87.5 juta euro ke arah pembinaan bangunan simpanan baru bahan api nuklear yang telah digunakan yang mungkin membenarkan penduduk Ukraine hidup tanpa kebimbangan untuk beberapa generasi akan datang.

Reaktor nombor empat di kilang utara Ukraine meletup pada 26 April dan membakar selama 10 hari yang mengejutkan dunia, namun penduduk tempatan hanya mendengarnya menerusi desas-desus yang diperoleh daripada penyiar radio Barat.

Seorang wanita memegang bunga di hadapan tugu mangsa Chernobyl di Slavutich Kelmarin. – AFP
Seorang wanita memegang bunga di hadapan tugu mangsa Chernobyl di Slavutich Kelmarin. – AFP

Parti Komunis berpegang teguh pada tradisi yang enggan berkata apa-apa atau berdusta demi mengelak orang awam daripada mendapat tahu mengenai tragedi yang mungkin mencemar imej kuasa besar era Perang Dingin itu. – AFP