30 universiti awam, swasta sertai Hari Terbuka Pendidikan M’sia

30 universiti awam, swasta sertai Hari Terbuka Pendidikan M’sia

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Sebanyak 30 buah universiti awam dan swasta menyertai Hari Terbuka Pendidikan Malaysia anjuran REXPO Malaysia dan Paradigm Scholar Agency (PSA) di Grand Ballroom, Hotel Orchid Garden, di sini.

Hari terbuka yang bermula sejak 19 Februari di Pusat Insani Seria itu dibuka bermula dari jam 2 petang hingga 8 malam, dan diteruskan lagi hari ini untuk memenuhi keperluan mereka yang ingin meneruskan pengajian di Malaysia.

“Kualiti pendidikan yang terdapat di Malaysia juga lebih kurang setaraf dengan pendidikan negara luar lain dengan beberapa universiti seberang laut mempunyai cawangannya di Malaysia,” jelas Senior Partner REXPO Malaysia, Ahmad Rezal Chan, semalam.

Ahmad Rezal menjangkakan lebih 3,000 pengunjung akan hadir sepanjang tiga hari pameran tersebut dengan kelmarin sahaja lebih 1,200 pengunjung bertanyakan lebih lanjut mengenai universiti-universiti pilihan mereka dan kursus-kursus yang ditawarkan.

Lebih 3,000 pengunjung dijangka hadir pada Hari Terbuka Pendidikan Malaysia 2016.
Lebih 3,000 pengunjung dijangka hadir pada Hari Terbuka Pendidikan Malaysia 2016.

Malaysia adalah antara tempat pengajian yang menyediakan pelbagai kemudahan di samping mempunyai budaya yang hampir sama dengan pusat-pusat pengajian tinggi yang menawarkan pendidikan dari peringkat Diploma hingga PhD.

Pertukaran mata wang juga sebenarnya merupakan faktor menarik untuk melanjutkan pelajaran di negara jiran itu kerana ia menjimatkan kos pembelajaran sehingga 20 peratus dan jaraknya pula tidak begitu jauh.

Selain pameran daripada universiti-universiti, demonstrasi kulinari juga memeriahkan pameran memandangkan bidang tersebut mula diminati secara global.

ARTIKEL YANG SAMA