30 warga PDI sertai kursus berdakwah

30 warga PDI sertai kursus berdakwah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Program Pengalaman Bertauliah anjuran Pusat Dakwah Islamiah (PDI) yang diadakan selama dua hari berakhir hari ini dengan penyampaian sijil penyertaan kepada 30 orang pegawai dan kakitangan PDI yang menyertai program berkenaan.

Antara pengisian program tersebut ialah sesi ceramah dan taklimat yang disampaikan oleh dua fasilitator daripada Negara Malaysia iaitu CHt Khaeril Annuar Darus dan CHt Mohd Mustaqiim Asmuji.

Sepanjang program tersebut, para peserta dapat mengetahui kaedah mudah untuk mempengaruhi insan secara profesional, menguasai semula saluran maklumat diri insan secara lebih sistematik, mempelajari seni komunikasi atau perbualan efektif secara psikologi serta mempelajari bagaimana pemimpin-pemimpin dunia berkomunikasi secara mempengaruhi.

Program berkenaan juga mempersiapkan para pesertanya untuk berdakwah secara lebih berkesan dengan ‘tools’ yang ampuh dan bagaimana untuk berkomunikasi bagi mempengaruhi Mad’u (pendengar) melalui wayang minda mereka. Selain dapat memahami kepentingan komunikasi persuasif, program tersebut juga bertujuan bagi melihat keupayaan penggunaan Psikologi Gunaan (Applied Psychology) di dalam kerja-kerja dakwah masa kini dan mengaplikasikannya secara praktikal ketika berkomunikasi bersama para pendengar.

Program kolaborasi bersama Islamic Management and Services (ISMS) Sdn Bhd Brunei dengan Smart Excel Consultant itu menyasarkan para pegawai dan kakitangan PDI.

Antara yang menyertai program tersebut ketika menjalani peperiksaan sebelum menamatkan program.
Antara yang menyertai program tersebut ketika menjalani peperiksaan sebelum menamatkan program.

ARTIKEL YANG SAMA