300 dipilih bagi cabutan akhir ‘Amazing Reward’

300 dipilih bagi cabutan akhir ‘Amazing Reward’

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Seramai 300 pelanggan telah dipilih untuk menghadiri cabutan akhir promosi “Amazing Reward” Mee Sedap yang akan diadakan pada 26 Julai depan bagi mencari pemilik kereta Volkswagen Vento atau Nissan Almera sebagai hadiah utama.

Cabutan awal bagi memilih para pelanggan bertuah berkenaan telah dibuat oleh warga media tempatan yang dijemput pada majis yang diadakan di Ibu Pejabat Syarikat Malar Setia Sdn Bhd selaku pengedar tunggal produk Mee Sedap di Brunei, hari ini.

Selain daripada dua hadiah utama itu, pelanggan terpilih juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik lain termasuk iPhone 6, Samsung Galaxy Edge 6 dan Macbook Air.

Lebih 10,000 penyertaan telah diterima bagi promosi yang diadakan buat kali kelima itu, yang berlangsung dari 15 April hingga 15 Julai lalu.

Pengarah Jualan Malar Setia, Eric Lim berkata promosi itu adalah sebagai penghargaan kepada orang ramai yang telah menyokong produk Mee Sedap yang semakin popular di negara ini.

Warga media tempatan dijemput untuk membuat cabutan bagi 300 pelanggan yang akan dihubungi untuk menghadiri cabutan utama pada 26 Julai ini.
Warga media tempatan dijemput untuk membuat cabutan bagi 300 pelanggan yang akan dihubungi untuk menghadiri cabutan utama pada 26 Julai ini.
Kakitangan Malar Setia memeriksa kesemua penyertaan yang diundi sama ada ianya layak mengikut peraturan yang disediakan.
Kakitangan Malar Setia memeriksa kesemua penyertaan yang diundi sama ada ianya layak mengikut peraturan yang disediakan.

ARTIKEL YANG SAMA