300 hadiri raya Serikandi

300 hadiri raya Serikandi

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 20 Julai – Sambutan Hari Raya sudah pun memasuki minggu ketiga, namun kemeriahannya terus dapat dirasakan dengan amalan kunjung-mengunjungi di antara saudara-saudara Islam masih giat dilakukan di sana sini.

Kumpulan Syarikat Serikandi juga tidak ketinggalan memeriahkan bulan Syawal ini dengan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya yang berlangsung di Restoran dan Kafe Serikandi di Jalan Setia Diraja di sini, hari ini.

Mengalu-alukan kunjungan para jemputan ke majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Serikandi, Shaikh Khalid bin Shaikh Haji Ahmad dan isteri serta ahli keluarga beliau, dan juga dalam kalangan pegawai dan kakitangan syarikat tersebut.

Haji Haris merakamkan gambar kenangan bersama ahli keluarga serta pegawai dan kakitangan Syarikat Kumpulan Serikandi.
Haji Haris merakamkan gambar kenangan bersama ahli keluarga serta pegawai dan kakitangan Syarikat Kumpulan Serikandi.
Antara pegawai dan kakitangan kerajaan yang turut menghadiri Majlis Rumah Terbuka Restoran dan Kafe Serikandi tersebut.
Antara pegawai dan kakitangan kerajaan yang turut menghadiri Majlis Rumah Terbuka Restoran dan Kafe Serikandi tersebut.

Kira-kira 300 orang termasuk pegawai-pegawai dan kakitangan agensi-agensi kerajaan di Daerah Belait, rakan-rakan perniagaan dan syarikat-syarikat swasta, serta masyarakat setempat terutamanya dari majlis perundingan mukim dan kampung telah menghadiri majlis tersebut.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Haji Othman berserta pegawai-pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Daerah Belait.

Majlis tersebut diadakan antara lain bertujuan untuk mengeratkan silaturahim bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, dan juga memberi ruang serta peluang kepada pegawai dan kakitangan syarikat tersebut beramah mesra dengan masyarakat setempat.

ARTIKEL YANG SAMA