300 sekolah swasta India ditutup

300 sekolah swasta India ditutup

NEW DELHI, 20 Sept (NNN) – Kerajaan Delhi telah melancarkan proses penutupan kira-kira 300 sekolah swasta yang dikendalikan tanpa pengiktirafan di sini disebabkan kegagalan mereka untuk memenuhi syarat-syarat tanah minimum dan standard kualiti yang ditetapkan di bawah Akta Hak kepada Pendidikan.

Jika mana-mana sekolah tidak memenuhi norma-norma dan standard yang ditetapkan di bawah Akta, ia akan mengambil langkah-langkah untuk memenuhinya dalam tempoh tiga tahun.

“Mahkamah Tinggi Delhi pada Mei tahun ini telah mengarah DoE, badan sivik dan DDA untuk memastikan penutupan segera atau pengalihan sekolah yang tidak diiktiraf berkenaan yang ditempatkan di mana-mana premis yang mungkin menimbulkan ancaman kepada keselamatan kanak-kanak yang belajar di sana,” beritahu pegawai kanan Ketua Pengarah Pedidikan (DoE) kepada PTI.

“DOE telahpun memberikan pengiktirafan sementara kepada kira-kira 800 sekolah yang tidak diiktiraf namun masih terdapat 300 sekolah yang diuruskan tanpa pengiktirafan, disebabkan sekolah berkenaan tidak memenuhi syarat-syarat tanpa minimum. Fail untuk penutupan sekolah berkenaan sedang diproses,” tambah pegawai.

Kerajaan telah mengeluarkan surat pekeliling pada awal bulan ini meminta semua sekolah yang diiktiraf sementara dan tidak diiktiraf supaya menghantar “sijil/rekod Kestabilan Struktural” bangunan di mana mereka ditempatkan, jika gagal mereka diandaikan tidak memiliki dokumen/rekod sedemikian dan tindakan lanjut untuk penutupan sekolah tersebut akan dimulakan tanpa sebarang notis.

Seksyen 18 Akta Hak kepada Pendidikan (RTE) mempunyai peruntukan di mana tidak ada sekolah yang boleh ditubuhkan tanpa memperoleh sijil daripada pihak berkuasa yang wajar.

Menurut Akta, jika mana-mana sekolah tidak memenuhi norma-norma dan standard yang ditetapkan di bawah Akta, ia akan mengambil langkah-langkah untuk memenuhinya dalam tempoh tiga tahun.

DoE juga telah mengeluarkan satu senarai sekolah yang tidak diiktiraf dan mereka di mana kes untuk mendapatkan pengiktirafan sementara telah ditolak.

ARTIKEL YANG SAMA