300 sertai majlis tadarus dan khatam belia

300 sertai majlis tadarus dan khatam belia

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 19 Jun – Kira-kira 300 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid, persatuan-persatuan belia, Program Khidmat Bakti Negara dan kumpulan belia masjid, penuntut serta penduduk kampung telah menyertai Majlis Bertadarus dan Khatam Al-Quran Belia bagi Tahun 1437H/2016M yang diadakan di Masjid Pekan Seria, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, Ahli Majlis Mesyuarat Negara Daerah Belait, Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Haji Ahmad, Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Haji Othman, serta pegawai-pegawai kanan lainnya di kementerian berkenaan.

Program Majlis Bertadarus dan Khatam Al-Quran Belia ini merupakan satu projek tahunan kelolaan Jabatan Belia dan Sukan, KKBS bersempena bulan Ramadan yang mubarak.

Hadir selaku tetamu kehormat Majlis Bertadarus dan Khatam Al-Quran Belia ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Hadir selaku tetamu kehormat Majlis Bertadarus dan Khatam Al-Quran Belia ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Antara belia yang menyertai Majlis Bertadarus dan Khatam Al-Quran di Masjid Pekan Seria, kelmarin.
Antara belia yang menyertai Majlis Bertadarus dan Khatam Al-Quran di Masjid Pekan Seria, kelmarin.

Ia antara lain bertujuan untuk menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan di samping untuk mempertingkatkan dan mengukuhkan persefahaman dan kerjasama di antara agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan dan tarbiah belia serta menyemarakkan bulan Ramadan dengan pengisian yang bermanfaat terutama dengan pembacaan Al-Quran.

Program tersebut mula dianjurkan pada tahun 2003, dan telah melibatkan banyak pihak termasuklah agensi-agensi kerajaan, persatuan belia, orang perseorangan, penuntut-penuntut sekolah menengah dan tidak ketinggalan golongan belia sendiri, dengan harapan akan dapat meningkatkan lagi penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan yang sudah setentunya berupaya menjadi benteng buat generasi belia dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.

ARTIKEL YANG SAMA