300 terima anugerah Mitsubishi

300 terima anugerah Mitsubishi

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jan – Seramai 300 pelajar dari sekolah-sekolah seluruh negara hari ini dipilih menerima Anugerah Mitsubishi Asia Children’s Enikki Festa 2015-2016.

Majlis penyampaian anugerah yang berlangsung di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun itu telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Mitsubishi Corporation Brunei Liasion Office, Yuki Kaneda.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian Swasta, Jabatan Sekolah-sekolah, Pengiran Ayub bin Pengiran Haji Othman dan Pemangku Penolong Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Roslin bin Suhailee selaku pengerusi majlis.

Pertandingan Mitsubishi Asian Children’s Enikki Festa 2015-2016 anjuran Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Mitsubishi Persekutuan Asia Pasifik dan Persatuan Kelab-kelab UNESCO (AFUCA) dan National Federation of UNESCO Associations in Japan itu dibukakan kepada 24 buah negara di rantau Asia dengan bertemakan ‘Here is My Life’.

pg10_160127_a

Antara murid yang menerima anugerah daripada Yuki Kaneda.
Antara murid yang menerima anugerah daripada Yuki Kaneda.

Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan selaku penganjur tempatan telah menjemput sebanyak 182 buah sekolah rendah kerajaan dan swasta dari keempat-empat daerah di seluruh negara.

Pada 31 Oktober tahun lalu, jabatan tersebut telah menerima sebanyak 700 penyertaan dalam pertandingan telah dipilih dan dinilai.

Penyertaan tidak hanya dinilai daripada segi lukisan mereka hasilkan, tetapi ia harusnya mempamerkan ciri keunikan negara termasuk dari segi budaya, kehidupan seharian, persekitaran, keunikan seseorang individu dan tajuk yang dipersembahkan. Pertandingan tersebut bertujuan memberikan peluang kepada kanak-kanak di seluruh dunia untuk memahami cara kehidupan orang-orang Asia menerusi diari bergambar.

ARTIKEL YANG SAMA