$3,000 dihulur kepada Tabung Anak Yatim Daerah Belait

$3,000 dihulur kepada Tabung Anak Yatim Daerah Belait

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 5 Julai – Jabatan Daerah Belait, hari ini telah menerima sumbangan sebanyak $1,500 masing-masing daripada Kumpulan Syarikat Serikandi dan Ya Nur Trading Sdn Bhd untuk Tabung Anak-Anak Yatim dan Tabung Amal Daerah Belait.

Kedua-dua derma tersebut telah diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Serikandi, Shaikh Haji Khalid bin Shaikh Haji Ahmad kepada Pegawai Daerah Belait, Haji Haris bin Haji Othman di Pejabat Daerah Belait di sini.

Sumbangan itu bertujuan untuk menambahkan tabung bagi keperluan anak-anak yatim di daerah ini serta masyarakat yang memerlukannya, dengan harapan ia sedikit sebanyak akan dapat membantu mereka yang memerlukan terutama sekali anak-anak yatim untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Tabung Anak-Anak Yatim dan Jawatankuasa Tabung Amal Daerah Belait sentiasa mengalu-alukan me-reka yang bermurah hati untuk sama-sama menderma kepada kedua-dua tabung berkenaan, dan menghargai sumbangan yang diberikan.

Penderma yang berhajat untuk menyumbang boleh menghubungi terus Jawatankuasa Tabung Anak-Anak Yatim dan Tabung Amal Belait di Jabatan Daerah Belait pada waktu pejabat dibuka.

Shaikh Haji Khalid menyerahkan sumbangan bagi Tabung Anak-Anak Yatim dan Tabung Amal Daerah Belait, kepada Awang Haji Haris.
Shaikh Haji Khalid menyerahkan sumbangan bagi Tabung Anak-Anak Yatim dan Tabung Amal Daerah Belait, kepada Awang Haji Haris.

ARTIKEL YANG SAMA