303 pelajar KEMUDA diraikan dalam majlis konvokesyen ke-5

303 pelajar KEMUDA diraikan dalam majlis konvokesyen ke-5

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Sept – Seramai 303 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Institut KEMUDA dan menerima sijil masing-masing dalam majlis konvokesyen ke-5 institut berkenaan yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan diploma lanjutan, diploma dan sijil kemahiran kepada graduan yang diraikan ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah khas kepada lapan graduan yang mendapat keputusan cemerlang dalam bidang ICT.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Institut KEMUDA, Dato Paduka Haji Abdul Razak bin Haji Muhammad pula menyampaikan Anugerah Pengerusi Eksekutif Institut KEMUDA kepada seorang penerima iaitu Dayang Azalina binti Sabli.

Pengarah Institut KEMUDA, Hajah Hasnah binti Haji Azri dalam ucapannya berkata, anugerah-anugerah khas berkenaan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang berjaya mempamerkan prestasi pembelajaran yang sangat baik.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi ketika menyampaikan sijil kepada para graduan Institut KEMUDA.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi ketika menyampaikan sijil kepada para graduan Institut KEMUDA.

pg04_160906_e

pg04_160906_f

pg04_160906_g

pg04_160906_b

pg04_160906_c

“Anugerah 2nd in World, 3rd in World dan Global High Achiever merupakan anugerah terulung daripada NCC Education, pelajar-pelajar ini memperoleh markah keseluruhan tertinggi di antara lebih satu juta pelajar di seluruh dunia,” ujar beliau.

Dalam ucapannya itu, beliau turut menyentuh mengenai kursus-kursus antarabangsa anugerah NCC Education, UK dan Pearson BTEC yang merangkumi kursus sijil sehingga kursus diploma lanjutan.

Beliau memberitahu bahawa Institut KEMUDA pada masa ini juga sedang mengadakan perbincangan dengan universiti antarabangsa di Malaysia dan United Kingdom (UK) untuk menawarkan kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang dijangka bermula pada tahun depan.

pg04_160906_h

Para graduan kelihatan gembira bergambar bersama sijil masing-masing setelah berjaya menamatkan pengajian mereka.
Para graduan kelihatan gembira bergambar bersama sijil masing-masing setelah berjaya menamatkan pengajian mereka.

Di samping itu, KEMUDA turut menawarkan kursus tambah nilai serta pendidikan sepanjang hayat di mana kursus ini dibuka kepada orang ramai yang berminat, tambahnya.

Pada majlis itu, Media Permata berkesempatan untuk menemu bual Dayang Azalina yang merupakan graduan Diploma Perniagaan IT.

Beliau melahirkan perasaan syukur dan gembira kerana tidak menyangka untuk menerima anugerah yang pastinya diharapkan oleh graduan yang lain.

Persembahan Tausyeh menyerikan lagi Majlis Konvokesyen Institut KEMUDA ke-5.
Persembahan Tausyeh menyerikan lagi Majlis Konvokesyen Institut KEMUDA ke-5.
Dayang Azalina berkata akan terus meningkatkan diri dalam apa jua bidang yang diceburi.
Dayang Azalina berkata akan terus meningkatkan diri dalam apa jua bidang yang diceburi.

“Usaha yang ditunjukkan sepanjang tempoh pengajian ini mendapat kepercayaan dan dihargai oleh guru-guru, selain itu semangat untuk terus berusaha keras ini didorong setelah terpaksa menduduki semula satu kertas peperiksaan”.

Katanya lagi, ia merupakan tahun yang sangat menarik baginya semasa belajar di Institut KEMUDA dan berharap untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang lain lagi dalam usaha mempelbagaikan pengetahuan.

“Dengan Anugerah Pengerusi Eksekutif ini, ia akan menjadi semangat dan pendorong bukan saja untuk diri sendiri tapi kepada pelajar yang lain untuk terus berusaha yang mana kegagalan yang pernah dilalui itu dijadikan sebagai pengajaran untuk terus meningkatkan diri,” ujarnya.

ARTIKEL YANG SAMA