31.6% pekerja Taiwan belanja keseluruhan gaji

31.6% pekerja Taiwan belanja keseluruhan gaji

TAIPEI, 7 Okt – Kira-kira 31.6 peratus daripada pekerja di bawah umur 40 tahun di Taiwan berkata mereka membelanja hampir kesemua gaji bulanan yang diterima oleh mereka, menurut keputusan tinjauan yang dikeluarkan semalam.

Memetik tinjauan, rangkaian yes123 job bank berkata sesetengah pekerja muda mengaku mereka mengeluarkan duit berlebihan daripada akaun mereka untuk mencukupkan belanja.

Makanan, waktu lapang dan hiburan, bantuan kewangan untuk ahli keluarga dan perbelanjaan pendidikan, pengangkutan dan sewa, adalah antara lima kategori teratas untuk perbelanjaan mereka, menurut job bank.

Kira-kira 74.8 peratus daripada pekerja yang ditinjau berkaya gaji bulanan mereka sekarang adalah tidak mencukupi untuk menampung kesemua perbelanjaan dalam hidup mereka, tinjauan menunjukkan. Menurut job bank, disebabkan taraf hidup yang meningkat di pulau, responden percaya mereka memerlukan kenaikan gaji sebanyak 9.8 peratus, atau kira-kira 3,800 dolar Taiwan baru sebulan, untuk menghapus kira kenaikan dalam kos produk pengguna.

Taraf hidup di Taiwan meningkat pada tahun ini sebahagiannya disebabkan harga makanan yang lebih tinggi disebabkan kerosakan daripada keadaan cuaca yang buruk, termasuk gelombang sejuk dan taufan.

Indeks harga pengguna (CPI) Taiwan, pengukur utama inflasi, meningkat 1.27 peratus dalam sembilan bulan berakhir September, berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, menurut pihak berkuasa tempatan. Seramai 1,388 pekerja dengan pengalaman kerja minimum setahun mengambil bahagian dalam tinjauan, yang dijalankan dari 22 September hingga 3 Oktober menerusi soal selidik internet. – Xinhua