31 atlet mungkin ditegah sertai Rio

31 atlet mungkin ditegah sertai Rio

LAUSANNE, 18 Mei (Agensi) – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mendedahkan bahawa 31 atlet dari 12 negara mungkin ditegah daripada mengambil bahagian di temasya Sukan Olimpik Rio, Ogos depan angkara gagal ujian doping daripada sampel Sukan Olimpik Beijing 2008 yang diuji semula.

Senarai 31 atlet berkenaan didapati positif doping daripada ujian semula ke atas 454 sampel menggunakan kaedah ujian termaju pernah digunakan.

Menurut IOC, ujian semula ke atas sampel berkenaan adalah sebahagian daripada langkah tegas memerangi kes kesalahan dadah terlarang kalangan atlet di seluruh dunia selepas skandal berkenaan mendedahkan kesalahan dilakukan atlet Russia awal tahun ini.

Keputusan 250 ujian semula ke atas sampel Olimpik London 2012 juga akan dikeluarkan sedikit masa lagi dengan jumlah kes positif diramalkan berganda.

IOC juga mengarahkan ujian dilakukan ke atas sampel Olimpik Musim Sejuk Sochi 2014 selepas timbul dakwaan makmal ujian dadah Russia bersekongkol untuk membantu atlet mereka.

Atlet yang disyaki menipu di Beijing dikatakan mengambil bahagian dalam enam acara tanpa menyatakan nama sebenarnya sejurus selesai mesyuarat lembaga pengarah diadakan di sini.