31 maut, 20,000 keluarga terjejas akibat hujan, banjir

31 maut, 20,000 keluarga terjejas akibat hujan, banjir

KINSHASA, 9 Dis – Hujan lebat dan banjir telah mengakibatkan 31 orang maut dan 20,000 keluarga tanpa rumah dalam masa kurang tiga minggu di bandar Kinshasa, Republik Demokratik Congo, menurut pihak berkuasa hari ini.

Sejak 19 November, “kami telah mencatatkan seramai 31 kematian akibat rumah runtuh” dalam hujan berterusan yang melanda bandar seramai 10 juta orang itu, kata Menteri Dalam Negeri Kinshasa, Emmanuel Akweti kepada AFP.

Banyak kematian berlaku di bandar selatan dan timur daerah miskin, terutamanya di sepanjang tebing-tebing sungai besar Congo.

Dengan mengatakan lebih banyak hujan turun diramalkan bermula sekarang hingga hujung Disember, Akweti menggesa orang ramai di kawasan yang mudah terdedah pada banjir ‘untuk meninggalkan rumah mereka dengan segera’.

Musim tengkujuh Kinshasa biasanya bermula pada Oktober hingga Mei, namun tahun ini hujan hanya bermula pada pertengahan November, dengan puratanya satu pertiga hujan turun setiap tahun – atau 450mm air – turun dalam masa kurang daripada tiga minggu, kata Akweti. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA