31 nelayan Vietnam dipenjara

31 nelayan Vietnam dipenjara

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Seramai 31 nelayan Vietnam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan di bawah Akta Perikanan.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menjatuhi hukuman penjara selama enam bulan setiap seorang ke atas pemilik kapal iaitu Nguyen Quang Xuan yang menggunakan kapal pendaftaran Vietnam untuk menangkap ikan di perairan Brunei pada 15 Mei 2015 dan juga terhadap ketua kapal iaitu Bui Sanh kerana menggunakan kapal itu untuk menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan negara ini.

Manakala Lee Van Cong, Pham Van Hung, Pham Van Ly, Nguyen Hing Quan, Nguyen Quang Hoang, Le Dui Thuan, Ho Minh NHAI, Bui Soi, Tran Van Doc, Dang Ngoc Kiei, Nguyen Cong Viet, Nguyen Chanh Ntung, Dang Ngoc Len, Pham Anh, Nuynh Van Truong, Tran Ngoc Hue, Tran Von Lan, Nguyen Thanh Lai, Bui Van Binh, Luong Van Van, Huynh Ngoc Hanh, Nguyen Van Hanh, Nguyen Quoc Hanh, Foto Sound Hiep, Pui Tan Thanh, Nguyen Thanh Long, Nguyen Thanh Dam, Nguyen Minh Lien dan Nguyen Tan Luc yang merupakan anak-anak kapal, masing-masing dijatuhi penjara selama tiga bulan atas kesalahan menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan Brunei.

Sementara itu, dua tertuduh yang merupakan kanak-kanak dalam kes yang sama telah mengaku bersalah dan menerima hukuman masing-masing di Mahkamah Juvana. Siasatan mendapati lokasi kapal penangkapan ikan tersebut adalah dalam perairan Brunei dan dianggarkan berada kira-kira 196,25 batu nautika dari persisiran Brunei Darussalam.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dayangku Hazirah binti Pengiran Mohd Yusof dengan dibantu Timbalan Pendakwa Raya Danial bin DSP Haji Kifrawi.

ARTIKEL YANG SAMA