31 nelayan Vietnam mengaku tidak bersalah

31 nelayan Vietnam mengaku tidak bersalah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mei – Seramai 31 nelayan Vietnam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, atas tiga pertuduhan di bawah Peraturan 17(1) Akta Perikanan.

Majistret Kanan, Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin menetapkan 11 Jun untuk sebutan semula kes, dan memerintahkan 31 tertuduh ditahan reman di Penjara Jerudong manakala dua tertuduh yang dibawah umur diletakkan di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Danial bin DSP Haji Kifrawi.

ARTIKEL YANG SAMA