31 orang awam maut tentera rejim bedil Aleppo

31 orang awam maut tentera rejim bedil Aleppo

ALEPPO, 3 Jun – Serangan pengeboman rejim di dalam dan sekitar utara bandar Syria, Aleppo, membunuh 31 orang awam hari ini termasuk 10

orang awam yang sedang menaiki bas terbunuh dalam satu serangan udara tentera kerajaan di Aleppo hari ini ketika mereka menuju ke utara bandar bergolak Syria itu.

Seorang lelaki warga Syria melihat mayat seorang lelaki dan tiga kanak-kanak berbaring di atas lantai di sebuah pusat perubatan selepas mereka terbunuh dalam serangan udara rejim di bandar utara Syria Aleppo kelmarin. - AFP
Seorang lelaki warga Syria melihat mayat seorang lelaki dan tiga kanak-kanak berbaring di atas lantai di sebuah pusat perubatan selepas mereka terbunuh dalam serangan udara rejim di bandar utara Syria Aleppo kelmarin. – AFP

“Selain daripada 10 orang awam yang terbunuh dalam serangan bas itu … 21 yang lain terbunuh dalam serangan sengit di beberapa kawasan di timur bandar itu sejak subuh,” menurut organisasi yang dikenali sebagai White Helmets.

Badan pemantau Hak Asasi Manusia Syria, sebuah kumpulan pemerhati yang berpangkalan di British, melaporkan berlaku serangan sengit di jalan utama itu tetapi memberikan angka korban lebih rendah iaitu lapan orang.

Jalan Castello, yang turut menyaksikan sebuah bas dibedil oleh rejim dalam serangan bom pada Rabu lalu, adalah laluan utama kumpulan pemberontak di luar Aleppo yang terbahagi.

Pertahanan Awam yang dikenali sebagai Topi Keledar Putih, berkata serbuan rejim itu turut membunuh empat orang di bahagian timur Aleppo yang dikuasai pembangkang pada Jumaat lalu. – AFP