31 pain darah dikumpulkan

31 pain darah dikumpulkan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 19 Ogos – Sebanyak 31 pain darah telah berjaya dikumpulkan melalui Kempen Derma Darah yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) cawangan Daerah Belait di Bilik Mawar, Bangunan Jabatan-jabatan Kerajaan, di sini, hari ini,

Kempen tersebut disertai lebih 30 orang dalam kalangan kakitangan JIPK serta orang awam, yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-58 penubuhan jabatan imigresen.

Turut menghadiri kempen tersebut ialah Pemangku Penolong Pengarah Imigresen Belait, Awang Amir bin Ringgit dan Pemangku Ketua Pegawai Pendaftaran Kebangsaan yang juga selaku pengerusi bersama kempen, Awang Ahmad bin Haji Salleh.

Sijil penyertaan disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah Imigresen Belait.
Sijil penyertaan disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah Imigresen Belait.

Kempen tersebut dikendalikan dengan kerjasama daripada Unit Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), yang antara lain bertujuan membantu menambahkan tabung darah kebangsaan, selain untuk terus memberikan kesedaran tentang pentingnya menderma darah bagi membantu mereka atau pesakit yang memerlukannya pada bila-bila masa.

Selain itu, ia juga merupakan antara aktiviti diadakan bersempena sambutan ulang tahun penubuhan JIPK, di samping aktiviti lainnya.

Semasa kempen itu, para peserta turut menerima sijil penghargaan yang telah disampaikan oleh Awang Amir.

ARTIKEL YANG SAMA