31 pelajar cemerlang SM Menglait terima penghargaan

31 pelajar cemerlang SM Menglait terima penghargaan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mac – Sekolah Menengah Menglait hari ini menghargai pelajar cemerlang dalam Majlis Penyampaian Anugerah Penuntut Cemerlang Peperiksaan Awam BCGCE ‘O’ Level.

Seramai 31 orang pelajar sekolah itu menerima sijil penghargaan dan anugerah yang disampaikan oleh tetamu kehormat Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan (Korporat), Jabatan Pendidikan, Haji Aziz bin Nayan di Dewan Melati sekolah itu.

Anugerah bertujuan meraikan dan memberikan penghargaan kepada usaha keras pelajar mencapai keputusan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia juga sebagai dorongan dan motivasi kepada mereka dan rakan-rakan agar terus berusaha lebih gigih pada masa akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA