31 peserta tamatkan kursus futsal FIFA

31 peserta tamatkan kursus futsal FIFA

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Seramai 31 peserta Kursus Futsal II FIFA berjaya menamatkan kursus lima hari anjuran NFABD yang telah 11 Jun lalu dan telah menerima sijil mereka masing-masing petang ini.

Menyempurnakan penyampaian sijil semasa majlis penutupan rasmi di NFABD House ialah Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) NFABD, Muhammad Radzuan bin Haji Madali. Dalam ucapan penutupnya, Muhammad Radzuan menyedari cabaran yang telah dilalui para peserta selama lima hari tetapi berharap kursus itu mampu memberikan setiap peserta pengetahuan dan kefahaman lebih baik mengenai futsal. Namun menurutnya cabaran besar buat para peserta adalah apa yang akan mereka lakukan selepas ini dan apa yang akan mereka perbuat dengan pengetahuan yang diperolehi.

“Kami di NFABD mencadangkan kamu untuk menerapkan kaedah-kaedah yang kamu pelajari. Kamu perlu terus menggali ilmu pengetahuan berkaitan futsal dan berterusan belajar dan mempertingkatkan diri. Sebagai balasan, kami akan menyokong kamu dan menyediakan bantuan dalam pelaksanaan dan kemajuan kamu,” tegasnya.

Kursus yang dimudahcara oleh Instruktor FIFA, Tsang Wai Cung dari Hong Kong itu dihasrat akan dapat melahirkan jurulatih yang benar-benar komited, proaktif, bersedia dan sanggup meluangkan masa untuk berkhidmat kepada kelab-kelab BFL tahun depan dan Piala Futsal Perdana 2015 yang akan bermula Ogos ini.

Muhammad Radzuan (tengah) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus.
Muhammad Radzuan (tengah) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus.

Ia bertujuan untuk menambah ramai lagi jumlah jurulatih berlesen di negara ini yang akan menyumbang kepada bertambah baiknya latihan yang diberikan kepada pemain futsal.

Kursus itu diharap dapat membantu memperkembang kemahiran para peserta untuk menjalankan latihan teratur dan tersusun bagi membantu pemain berlatih lebih baik.

ARTIKEL YANG SAMA