31,697 penari catat rekod dunia

31,697 penari catat rekod dunia

BEIJING, 24 Mei (AP) – Guinness World Records berkata lebih daripada 31,000 peserta Cina telah memecah rekod untuk menari plaza secara besar-besaran di pelbagai lokasi.

Ia berkata di laman webnya bahawa seramai 31,697 peserta di Beijing, Shanghai dan empat buah Bandar yang lain yang memecah rekod baru Sabtu lalu dengan melakukan pergerakan tarian bersama, selama lebih daripada lima minit. Peserta yang berada di Beijing bergambar ramai dengan wakil-wakil Guinness di hadapan stadium ikonik Bandar itu, Stadium Sarang Burung.

Kebanyakkan peserta adalah golongan wanita dari peringkat umur pertengahan dan warga tua.

Penari ‘Tarian Plaza’ bergambar ramai dengan pegawai-pegawai Guinness World Records di luar Stadium Nasional, yang juga dikenali sebagai Sarang Burung, di Beijing Sabtu lalu. – AP
Penari ‘Tarian Plaza’ bergambar ramai dengan pegawai-pegawai Guinness World Records di luar Stadium Nasional, yang juga dikenali sebagai Sarang Burung, di Beijing Sabtu lalu. – AP

ARTIKEL YANG SAMA