32 mantan polis bertemu semula

32 mantan polis bertemu semula

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mac – Seramai 32 orang mantan pegawai dan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei Skuad 2/72 berpeluang untuk bertemu semula dalam Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran yang berlangsung di Kiulap, hari ini.

Menurut salah seorang pesara polis, Haji Ahmad bin Haji Piut, majlis itu bukan sahaja memberikan peluang kepada mereka untuk berkumpul semula setelah lama berpisah tetapi ia juga untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara satu sama yang lain.

Majlis itu adalah amat bermakna bagi setiap diri mereka sebagai mantan pegawai dan anggota Polis Diraja Brunei kerana pertemuan pada petang tadi bagi sesetengah mereka merupakan pertemuan semula mereka setelah lebih 40 tahun.

Mantan pegawai dan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei Skuad 2/72 bergambar ramai di majlis tersebut.
Mantan pegawai dan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei Skuad 2/72 bergambar ramai di majlis tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA