32 masih hilang, tanah runtuh di China

32 masih hilang, tanah runtuh di China

BEIJING, 29 Sept – Sekurang-kurangnya 32 orang dilaporkan hilang hari ini selepas lereng bukit yang dilanda hujan runtuh ke kampung di tenggara China berikutan taufan.

Operasi menyelamat sedang dijalankan di kampung Sucun di wilayah Zhejiang China, selatan hab kewangan Shanghai, selepas ia dilanda tanah runtuh pada petang kelmarin, mengakibatkan 26 hilang, Agensi Berita Xinhua melaporkan.

Enam yang lainnya juga hilang di kampung Baofeng, juga di Zhejiang, selepas kejadian tanah runtuh yang memusnahkan rumah mereka.

Tanah runtuh telah dicetuskan oleh hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Megi, yang melanda tenggara China kelmarin.

Ribut itu mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh di China dan Taiwan, dan memaksa penutupan sekolah dan pejabat dan pembatalan beratus-ratus penerbangan.

Anggota penyelamat ketika berada di tempat kejadian selepas tanah runtuh melanda Daerah Suichang, Wilayah Zhejiang timur China, kelmarin. - XINHUA
Anggota penyelamat ketika berada di tempat kejadian selepas tanah runtuh melanda Daerah Suichang, Wilayah Zhejiang timur China, kelmarin. – XINHUA

Penyiar CCTV menunjukkan pasukan penyelamat, disertai oleh anjing pengesan, menyikat melalui timbunan lumpur dan batu di pergunungan, kawasan hutan.

Megi menyebabkan kerosakan yang dianggarkan lebih daripada AS$10 juta berikutan dengan insiden taufan tersebut yang mencecah bandar pantai Quanzhou di wilayah Fujian China pada awal kelmarin.

Pada saat kemuncaknya, ia telah membawa angin sehingga 118 kilometer (74 batu) sejam, kata Pusat Meteorologi Kebangsaan China.

Di Fuzhou, bandar Fujian, stesen televisyen negara telah menyiarkan keadaan banjir pada tahap separas lutut di jalan utama. Pekerja penyelamat pula dilihat menarik penduduk yang terkandas melalui jalan-jalan di dalam bot.

Pusat Operasi Kecemasan Pusat Taiwan melaporkan bahawa 625 orang cedera oleh Megi, termasuk lapan pelancong.

Tiga orang maut akibat terjatuh dan mangsa keempat meninggal dunia dalam nahas lori, kata Pusat Operasi Kecemasan Pusat Taiwan. – AP