32 masjid dilengkapi CCTV

32 masjid dilengkapi CCTV

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Sebanyak 32 buah masjid, pada masa ini, dilengkapi dengan kamera litar tertutup CCTV dan pada tahun ini tiada peruntukan untuk memasang tambahan kamera litar tertutup CCTV.

Bagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Ugama, berkata terdapat usaha pihak masjid-masjid berkenaan dan Jabatan Hal Ehwal Masjid sendiri menggalakkan masjid-masjid mendapatkan kamera litar tertutup CCTV daripada tabung masjid itu sendiri atau dana bantuan daripada orang-orang perseorangan seperti bagaimana orang ramai menyumbangkan penghawa dingin kepada masjid-masjid.

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman menjelaskan perkara ini bagi menjawab soalan yang diusulkan oleh Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Mohd Daud bin Karim mengenai usaha Kementerian Hal Ehwal Ugama memasang CCTV di masjid-masjid di seluruh negara.

ARTIKEL YANG SAMA