32 mayat dijumpai di Mexico

32 mayat dijumpai di Mexico

BANDAR RAYA MEXICO, 25 Nov – Pihak berkuasa menemui 32 tubuh manusia dan sembilan kepala dari beberapa kubur besar di Guerrero negeri di selatan Mexico yang dibelenggu keganasan minggu ini, kata pegawai semalam.

Mayat itu digali semula antara Selasa dan Khamis dari 17 lubang di atas bukit dekat kampung Pochahuixco, sebahagian daripada perbandaran Zitlala.

“Ia satu penemuan yang mengerikan,” kata jurucakap keselamatan negeri Guerrero, Roberto Alvarez, sambil menambah ia termasuklah 31 lelaki dan seorang wanita.

Katanya dalam satu kenyataan, semua mayat dibawa ke ibu negeri, Chilpancingo, untuk dikenal pasti, Alvarez berkata dalam satu kenyataan. Tiada tangkapan dibuat dalam kes itu.

Mayat itu ditemui di 17 daripada 20 lubang yang digali oleh penyiasat. Tujuh ditemui pada Selasa, lima pada Rabu dan selebihnya semalam di beberapa negeri itu.

Tiada mayat lain ditemui tetapi askar sedang memantau rantau itu bagi mana-mana kubur tersembunyi lain. Tiada tangkapan telah dibuat.

Kartel dadah telah menanam mangsa mereka dalam kubur yang tersembunyi di seluruh negara selama bertahun-tahun, dan pihak berkuasa kerap mencari mayat mangsa tersebut.

Di sempadan antara negara-negara barat Jalisco dan Michoacan, 75 mayat telah digali dari 37 kubur rahsia antara akhir tahun 2013 dan awal tahun 2014.

Guerrero telah berhadapan dengan beberapa siri penculikan besar-besaran, termasuk 12 orang yang diculik di perbandaran Ajuchitlan del Progreso minggu lepas. – AFP