32 rangka tentera Australia dibawa pulang

32 rangka tentera Australia dibawa pulang

PANGKALAN TENTERA UDARA SUBANG, Malaysia, 31 Mei – 32 rangka kakitangan perkhidmatan warga Australia dan tanggungan mereka, kebanyakan mereka terbunuh ketika Perang Vietnam telah diserahkan oleh tentera-tentera Malaysia kepada rakan sejawatan mereka dari Australia hari ini.

Para pegawai Australia berkata itu adalah antara satu penghantaran balik terbesar dalam sejarah negara itu.

Rangka-rangka kakitangan perkhidmatan itu yang diserahkan di pangkalan tentera udara Subang telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Tentera Terendak di Malaysia. Tentera-tentera Malaysia membawa keranda yang ditutupi dengan bendera Australia menuju landasan terbang, yang di situ pasukan tentera Amerika membawanya menaiki dua buah pesawat udara Angkatan Tentera Udara Diraja Australia, C-17 Globemaster.

Rangka-rangka itu, disertai satu rangka dari Singapura, akan tiba di Sydney pada hari Khamis. Selepas upacara penghantaran balik rasmi tentera, termasuklah beberapa anggota tentera yang pernah berkhidmat bersama mereka yang terkorban, satu upacara memorial tertutup akan diadakan.

Kerajaan Australia setahun lalu menawarkan penghantaran balik 36 rangka anggota perkhidmatan Australia dan juga tanggung mereka dari Malaysia dan Singapura.

Anggota tentera Australia membawa keranda semasa majlis penghantaran balik tentera Australia di pangkalan udara tentera Subang di Kuala Lumpur, Malaysia, kelmarin. - AP
Anggota tentera Australia membawa keranda semasa majlis penghantaran balik tentera Australia di pangkalan udara tentera Subang di Kuala Lumpur, Malaysia, kelmarin. – AP

Keluarga kepada 33 anggota perkhidmatan itu dan tanggung mereka telah menerima tawaran itu.

Australia telah menghantar lebih 60,000 kakitangan tentera ke konflik Vietnam antara tahun 1962 dan 1973 yang mana 521 orang telah terbunuh. – AP