32,000 suspek penggulingan K’jaan Turki akan dibicarakan

32,000 suspek penggulingan K’jaan Turki akan dibicarakan

ISTANBUL, 29 Sept – Mahkamah Turki dijangka membicarakan 32,000 suspek atas dakwaan terbabit bersama kumpulan dikendalikan ulama berpusat di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen, cuba menggulingkan kerajaan Turki pada bulan Julai lalu, ketika negara itu menghadapi pembicaraan yang paling ekstensif dalam sejarah.

Menteri Kehakiman Bekir Bozdag, memberitahu stesen televisyen NTV, seramai 70,000 orang sedang disiasat selepas cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai itu dan 32,000 daripada mereka diarah direman. – AFP