33 anak yatim terima sumbangan

33 anak yatim terima sumbangan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jun – Seramai 33 orang anak yatim dari Sekolah Menengah Sayyidina Husain, Jerudong, telah menerima sumbangan pada Majlis Penyampaian Derma Anak-anak Yatim, Tahlil dan Doa, Ceramah Ugama, Bersungkai dan Solat Fardu Maghrib yang diadakan di dewan sekolah berkenaan, hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh tetamu kehormat, Ketua Kampung Jerudong, Haji Mohamad Rais bin Haji Ishak.

Derma berkenaan adalah hasil kutipan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) serta komuniti sekolah.

Haji Mohamad Rais menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim.
Haji Mohamad Rais menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim.

Terdahulu, majlis telah diserikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Kaunselor, Bahagian Perkhidmatan Kaunseling, Bangunan Al-Bahirah, Jabatan Perdana Menteri, Dr. Ustaz Mohammad Adi Zaki bin Haji Matassim yang menjelaskan mengenai keberkatan bulan Ramadan.

Acara tahunan anjuran PIBG itu antara lain bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturahim di antara ahli-ahli PIBG dan ibu bapa yang lain serta guru-guru sekolah.

ARTIKEL YANG SAMA