33 cedera dalam penerbangan Etihad Airways

33 cedera dalam penerbangan Etihad Airways

JAKARTA, 4 Mei (Xinhua) – Penerbangan Etihad Airways dari Abu Dhabi ke Jakarta hari ini menghadapi pergolakan arus angin yang teruk kira-kira 45 minit sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, mengakibatkan 31 orang cedera dengan sembilan daripada mereka dibawa ke hospital, kata seorang pegawai Indonesia.

Kejadian itu berlaku apabila pesawat itu terbang di atas Pulau Sumatera barat Indonesia, kata Herni Pramuharjo, jurucakap kementerian pengangkutan.

“Pesawat itu dilanda pergolakan angin apabila ia berada di udara antara Medan (bandar Sumatera Utara) dan Palembang (bandar Sumatera Selatan). Lapan penumpang dan seorang pramugari cedera parah. Kesemua mereka telah dikejarkan ke hospital berhampiran, “katanya kepada Xinhua melalui telefon.

Pesawat itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, kata Pramuharjo.

Syarikat penerbangan itu berkata dalam satu kenyataan bahawa 22 orang yang mengalamai kecederaan ringan telah mendapat bantuan perubatan di lapangan terbang selepas pergolakan anginn yang melanda penerbangan Eihad Airways EY74, yang menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang cedera mencecah 31 orang.

ARTIKEL YANG SAMA