33 ekor singa dihantar ke Afrika Selatan

33 ekor singa dihantar ke Afrika Selatan

LIMA, 29 April – Sebuah kapal terbang yang membawa 33 ekor singa yang diselamatkan dari penganiayaan di sarkas Peru dan Colombia akan terbang ke Afrika Selatan hari ini yang digelarkan oleh para pengkempen pengangkutan terbesar singa melalui udara .

Singa-singa itu dengan nama-nama mereka seperti Zeus dan Shakira, dibebaskan selepas penggunaan binatang liar dalam sarkas diharamkan di Peru pada tahun 2011 dan Colombia pada tahun 2013.

Singa-singa ini ditangkap dengan bantuan pihak berkuasa melalui badan hak asasi binatang, Pembela Binatang Antarabangsa (ADI).

“Benar-benar seronok singa-singa ini, selepas sepanjang hayat menderita dan dianiaya dalam sarkas, akan pulang ke tanah air di Afrika,” kata presiden ADI Jan Creamer.

“Kesemua singa-singa ini apabila tiba dari sarkas mengalami masalah kesihatan, penyakit parasit,” tambahnya.

Singa yang dilahirkan di Afrika berada dalam kurungan di Peru pada Rabu lalu yang berada dalam kawasan pengawalan di Puente Piedra, utara Lima, sebelum dihantar melalui udara ke Johannesburg, Afrika Selatan, oleh Pembela Binatang Antarabangsa. – AFP

“Sepanjang hidup mereka makanan mereka tidak cukup, justeru itu mereka mengalami masalah pemakanan tidak seimbang bagi tempoh jangka panjang.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA