33 ekor singa sarkas diselamatkan

33 ekor singa sarkas diselamatkan

LIMA, Peru, 27 April – Sebanyak 33 ekor singa diselamatkan dari sarkas di Peru dan Colombia akan dihantar pulang ke negara asal untuk meneruskan hidup di sebuah pusat perlindungan persendirian di Afrika Selatan.

Penghantaran singa menggunakan pengangkutan udara itu adalah yang terbesar dan dijadualkan pada Jumaat ini. Inisiatif itu diuruskan dan ditaja oleh kumpulan aktivis haiwan antarabangsa, Animal Defenders International. Selama bertahun-tahun, kumpulan yang berpangkalan di Los Angeles itu bekerjasama dengan pembuat undang-undang di dua negara Amerika Selatan terbabit untuk mengharamkan penggunaan haiwan liar dalam sarkas. Kebiasaannya di sarkas, haiwan terbabit dikurung dalam keadaan yang teruk.

Haiwan berkenaan merana ketika ditempatkan dalam kurungan, ada yang dibuang kukur, ada yang hilang sebelah mata dan banyak yang diselamatkan sama ada dengan gigi patah atau reput.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata kumpulan pertama daripada sembilan singa akan dikumpulkan di ibu Bogota dalam pesawat kargo McDonnell Douglas yang akan mengambil 24 lebih lagi di Lima sebelum menuju ke Johannesburg. Dari situ, mereka akan diangkut melalui jalan darat ke rumah baru mereka di Pusat Perlindungan Big Cat Emoya di wilayah Limpopo. – AP