33 mati minum minuman keras

33 mati minum minuman keras

MUMBAI, India, 19 Jun (Agensi) – Lebih daripada 30 orang mati setelah meminum minuman keras tercemar di pusat kewangan India di Mumbai, pihak polis berkata hari ini.

Praveen Satpal, konstabel polis tempatan, berkata 18 telah mati semalam, beberapa jam selepas mereka minum minuman keras murah di kawasan setinggan Mumbai. Puluhan lainnya jatuh sakit dan jumlah kematian telah meningkat ke-33 hari ini, katanya.

Lebih dari dua puluh lainnya dirawat di beberapa hospital di pinggir bandar Malad, Mumbai.

Pihak polis telah menahan seorang lelaki dan menyoal siasatnya mengenai pembuatan dan penjualan secara tidak sah minuman tercemar tersebut kepada para pekerja miskin di kawasan setinggan itu.

Ahli-ahli keluarga mangsa bersedih atas kematian ahli keluarganya.
Ahli-ahli keluarga mangsa bersedih atas kematian ahli keluarganya.

Kematian daripada meminum pembuatan minuman keras yang tidak sah merupakan satu kebiasaan di India kerana orang miskin tidak mampu membeli yang mempunyai lesen.

Minuman keras haram sering kali dicampuri dengan bahan kimia seperti racun serangga untuk meningkatkan potensinya.

ARTIKEL YANG SAMA