33 maut disambar kilat

33 maut disambar kilat

DHAKA, 13 Mei (AFP) – Lebih 30 orang terbunuh selepas ribut petir tropika melanda Bangladesh dengan kebanyakan mangsa maut disebabkan disambar kilat.

Angka kematian di 10 daerah yang kini meningkat kepada 33 dan laporan tidak rasmi menunjukkan ramai yang cedera terutama di wilayah pedalaman terpencil. Bahagian barat laut negara itu adalah paling teruk terjejas dengan sekurang-kurangnya 19 maut di daerah Pabna, Rajshahi, Sirajganj dan Brahmanbaria selepas ribut kuat melanda.

“Kebanyakan mereka adalah petani yang terkena petir ketika mereka sedang dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing,” kata Inspektor Polis Pabna, Ahsanul Haq yang merujuk kepada enam kematian di daerah itu.

Di Rajshahi, lima petani terbunuh ketika mereka sedang bekerja di sawah padi, kata Inspektor Polis Shariful Alam.

33 orang terbunuh selepas ribut petir tropika melanda Bangladesh dengan kebanyakan mangsa maut disebabkan disambar kilat. – Gambar fail AP
33 orang terbunuh selepas ribut petir tropika melanda Bangladesh dengan kebanyakan mangsa maut disebabkan disambar kilat. – Gambar fail AP

Masing-masing empat kematian di Daerah Sirajganj dan Brahmanbaria, demikian menurut polis tempatan.

Di Dhaka, tiga pelajar dalam usia awal 20-an disambar petir ketika sedang bermain bola sepak ketika hujan, kata ketua balai polis Kawser Ahmed.

“Mereka segera dibawa ke hospital namun dua meninggal dunia,” katanya. Stesen televisyen swasta, Jamuna TV pula melaporkan angka kematian di seluruh negara kini 42 orang. Ribut kuat tropika kerap melanda Bangladesh semasa musim tengkujuh, yang menjangkau dari bulan Jun hingga September.

ARTIKEL YANG SAMA