33 maut kemal...

33 maut kemalangan di Taipei

TAIPEI, 14 Feb – Saudara-mara yang tidak keruan di Taiwan berkumpul untuk meratapi kematian orang kesayangan mereka hari ini selepas sebuah bas yang membawa pelancong tempatan terbalik dan mengakibatkan 33 orang terbunuh dalam salah satu kemalangan jalan raya paling teruk di pulau itu.

Sekumpulan 44 orang sedang dalam perjalanan pulang daripada lawatan untuk melihat musim bunga sakura di sebuah ladang di tengah rantau Taichung apabila bas mereka terbabas di sebatang lebuh raya malam semalam di pinggir bandar Taipei.

Gambar televisyen menunjukkan bahagian bumbung bas terkopek, dengan penumpang tercampak ke tepi jalan.

Mangsa terbaru meninggal dunia pada pagi ini selepas mengalami pelbagai kecederaan dan perdarahan dalam, kata Hospital Wanfang, membawa jumlah kematian kepada 33 orang.

Kemalangan itu berlaku selepas satu kebakaran bas pada Julai lalu membunuh 25 pelancong China dan merupakan yang terbaru dalam beberapa siri kejadian yang telah mencemar rekod keselamatan Taiwan.

Penyelamat ketika melakukan usaha menyelamat di tapak kemalangan bas di Taipei, tenggara China, kelmarin. Seramai 33 orang terbunuh dalam salah satu kemalangan jalan raya paling teruk di pulau itu. – Xinhua
Penyelamat ketika melakukan usaha menyelamat di tapak kemalangan bas di Taipei, tenggara China, kelmarin. Seramai 33 orang terbunuh dalam salah satu kemalangan jalan raya paling teruk di pulau itu. – Xinhua

Polis sedang menyiasat sama ada bas sedang memecut pada masa itu, menurut laporan.

Gambar Dashcam yang dilaporkan diambil daripada sebuah kenderaan di belakang bas menunjukkan ia sedang membelok keluar daripada lebuh raya utama ke jalan bersebelahan. Ia seterusnya terbalik, meninggalkan di belakang timbunan besi remuk, dibersihkan oleh kren selepas itu.

Penumpang sedang tidur pada masa kemalangan dan seorang mangsa berkata ia seperti ‘neraka.’

“Bas itu senget apabila ia sedang melalui selekoh dan orang bangun dan menjerit,” beritahu Hsiao Shiu-hua, 54 tahun, kepada akhbar China Times.

Saudara-mara kembali ke tempat kemalangan hari ini untuk menjalankan ritual agama untuk menenangkan roh si mati. Mereka membuang wang kertas ke cerun di mana bas terhempas. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA