33 maut serangan bom di Iraq

33 maut serangan bom di Iraq

BAQUBA, Iraq, 11 Ogos – Tiga letupan, dua daripadanya bom bunuh diri, mengorbankan sekurang-kurangnya 33 orang berhampiran Baquba, ibu negeri wilayah timur Diyala di Iraq semalam, menurut polis dan pasukan perubatan.

Letupan tersebut menyasarkan kebanyakannya kawasan Syiah dan berlaku kurang sebulan selepas serangan bunuh diri secara besar-besaran yang menyebabkan sekurang-kurangnya 120 orang maut di Khan Bani Saad, juga di kawasan Diyala.

Pengeboman paling maut semalam ialah di kawasan dipanggil Huwaydir. Sumber-sumber keselamatan dan perubatan di hospital utama di Baquba berkata sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh di sana dan 45 mengalami kecederaan. – AFP