33 maut serangan udara di Iraq

33 maut serangan udara di Iraq

BAGHDAD, 24 April – Seramai 33 orang terbunuh pada hari Sabtu dalam serangan udara dan pertempuran yang dipimpin oleh pakatan AS antara pasukan keselamatan Iraq dan militan Islamic State (IS) di wilayah barat Anbar, menurut sumber keselamatan wilayah itu.

Sekurang-kurangnya 11 militan IS terbunuh dan tiga kenderaan mereka musnah apabila pesawat perang antarabangsa melepaskan bom ke ibu pejabat IS di kawasan al-Doulab, ibu kota wilayah barat Ramadi, beberapa 110 kilometer barat Baghdad, kata sumber itu kepada Xinhua.

Sementara itu, dua askar terbunuh dan enam yang lain cedera, termasuk seorang pegawai, dalam pertempuran yang sengit dengan kumpulan militan IS di kawasan al-Doulab, menurut sumber itu.

Satu lagi serangan udara oleh pesawat antarabangsa telah mengenakan kedudukan IS dan membunuh lapan militan pelampau di kawasan Falahat berhampiran bandar IS, Fallujah, kira-kira 50 kilometer di barat Baghdad, kata sumber itu.

Dalam serangan berasingan, beberapa bom tepi jalan diletupkan berhampiran sebuah konvoi tentera di barat Ramadi, meng-akibatkan lapan anggota keselamatan terbunuh dan 14 yang lain cedera, kata sumber itu.

Di wilayah itu, empat anggota tentera terbunuh dan 15 yang lain cedera apabila seorang pengebom berani mati merempuh kereta yang sarat dengan letupan ke dalam kedudukan kawasan tentera dan diletupkan di timur bandar yanbg dikepung militant, Garma, kira-kira 10 kilometer timur Fallujah, sumber itu berkata. – Xinhua