33 mayat dijumpai, bangkai bot berjaya dibawa ke darat

33 mayat dijumpai, bangkai bot berjaya dibawa ke darat

KAHERAH, 28 Sept – Sekurang-kurangnya 33 mayat dijumpai, meningkat kepada 202 jumlah kematian dalam nahas bot yang tenggelam di laut Mediterranean minggu lalu.

Mangsa yang terselamat berkata bahawa seramai 450 pendatang memenuhi kapal nelayan tersebut ketika ia berlepas dari luar bandar pelabuhan Rosetta pada 14 September.

Tentera Mesir berkata 163 orang telah diselamatkan, bermakna bot itu mempunyai sekurang-kurangnya 365 orang di atas kapal ketika ia terhempas semasa dalam perjalanan ke Itali, menurut perangkaan rasmi.

Kelmarin, penyelam dan kapal penyelamat milik sebuah syarikat petroleum menarik bot pukat tunda itu pada kira-kira 12 kilometer (lapan batu) luar pesisir.

Orang ramai berkumpul di jeti apabila bangkai bot pendatang itu berjaya dibawa oleh tentera laut Mesir dan anggota penyelamat maritim tiba di bandar pelabuhan Mesir, Rosetta, kelmarin. – AFP
Orang ramai berkumpul di jeti apabila bangkai bot pendatang itu berjaya dibawa oleh tentera laut Mesir dan anggota penyelamat maritim tiba di bandar pelabuhan Mesir, Rosetta, kelmarin. – AFP

“Bot itu diheret ke pantai” selepas beberapa mayat ditemui terperangkap, Wahdan al-Sayed, jurucakap wilayah Beheira di utara Mesir, kepada AFP.

Enam belas daripada 33 mayat mangsa berjaya dibawa kelmarin dan telah diserahkan kepada saudara-mara mereka, manakala selebihnya masih sedang dikenal pasti, kata kementerian kesihatan.

Pada Isnin lalu, polis telah menahan pemilik kapal. Sumber kehakiman berkata dia boleh menghadapi tuduhan penyeludupan manusia dan pembunuhan sukarela. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA