33 orang terperangkap di kereta kabel Mont Blanc

33 orang terperangkap di kereta kabel Mont Blanc

GRENOBLE, Perancis, 9 Sept – Kira-kira 33 pelancong, termasuk seorang kanak-kanak 10 tahun, terpaksa bermalam dalam kereta kabel yang terperangkap beribu-ribu meter di kawasan glasier Mont Blanc sementara menanti operasi menyelamat yang disambung semula awal pagi hari ini.

Kereta kabel itu tersekat semalam kira-kira jam 3:40 petang (1340 GMT) menyebabkan 110 orang terperangkap pada ketinggian 3,800 meter di pergunungan Alps Perancis selepas dilaporkan mengalami masalah teknikal.

Seramai 77 orang berjaya dipindahkan, termasuk 48 orang yang diterbangkan helikopter manakala 30 lagi dalam kereta kabel yang paling dekat dengan tanah berjaya keluar dengan bantuan penyelamat.

Pelancong lain terpaksa menghabiskan masa tergantung di udara sepanjang malam pada altitud yang tinggi dan cuaca buruk selepas operasi menyelamat dihentikan.

Helikopter EC-135 yang dikendalikan oleh Civile Societe Perancis, berlegar berhampiran kereta kabel yang terperangkap di kawasan glasier Mont Blanc kelmarin. – AP
Helikopter EC-135 yang dikendalikan oleh Civile Societe Perancis, berlegar berhampiran kereta kabel yang terperangkap di kawasan glasier Mont Blanc kelmarin. – AP

Pengawas rantau Haute-Savoie, Georges François Leclerc, berkata misi menyelamat disambung semula pada jam 6:30 pagi ini jika cuaca mengizinkan.

“Kami terpaksa menghentikan operasi menyelamat pada jam 8:45 malam semalam” atas sebab-sebab keselamatan, keadaan gelap dan cuaca menjadikan operasi menyelamat terlalu berbahaya, katanya sambil menambah mereka bimbang tidak dapat menjamin keselamatan juruterbang, penyelamat dan pelancong yang terperangkap dalam kereta kabel.”

“Perkara pertama yang kami lakukan adalah kami berharap dapat memindahkan semua orang pada pagi (Jumaat). Kami telah melakukan sedaya upaya yang mungkin” petang ini, katanya, dan menggambarkan misi itu sebagai “sangat rumit”.

12 orang kemudiannya diselamatkan oleh pasukan penyelamat Itali, katanya kepada AFP. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA