33 pelajar ISB lawat Vietnam

33 pelajar ISB lawat Vietnam

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Rombongan seramai 33 orang pelajar Tahun 10 dan empat guru dari Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), pagi tadi, berlepas ke Ho Chi Minh City, Vietnam untuk menjalani aktiviti kesuka-relawanan selama seminggu di Pusat Anak-anak Yatim Phat Minh Pagoda, Wilayah Ben Tre.

Pusat tersebut menempatkan 80 orang kanak-kanak berumur satu hingga 18 tahun dan dibiayai oleh para penderma menjadikan kehidupan mereka sangat susah.

Setelah mengetahui akan pusat ini, pelajar ISB bersama guru-guru mereka menyelidik untuk mencari bagaimana untuk membantu mereka.

TYT Nguyen Truong Giang mendengar penerangan lebih lanjut mengenai perjalanan pelajar ISB.
TYT Nguyen Truong Giang mendengar penerangan lebih lanjut mengenai perjalanan pelajar ISB.
Rombongan seramai 33 pelajar dari Tahun 10 dan empat guru dari ISB pagi kelmarin berlepas ke Ho Chi Minh City, Vietnam.
Rombongan seramai 33 pelajar dari Tahun 10 dan empat guru dari ISB pagi kelmarin berlepas ke Ho Chi Minh City, Vietnam.

Sehubungan itu, baru-baru ini, para pelajar ISB telah mengadakan dua acara amal iaitu jualan roti dan Hari Keluarga termasuk sumbangan pakaian serta permainan untuk mengumpulkan sumbangan bagi dibawa ke Vietnam.

Sebelum memulakan perjalanan itu, rombongan ISB turut menerima bantuan daripada pelbagai kumpulan, malah Penerbangan Diraja Brunei (BA) memberikan 300 kilogram bagasi percuma bagi menghantar barangan amal di samping bantuan logistik daripada Danny Chua dari Globex, Patrice Faivre dari Intermovers, Aewon dan Mr Baker Bakery.

Sehari sebelum berlepas, empat orang pelajar bersama seorang guru mengadakan perjumpaan bersama Duta Besar Vietnam ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Nguyen Truong Giang yang ingin mendengar lebih lanjut mengenai perjalanan pelajar ISB, di samping memberi saranan bagaimana melakukan sesuatu di Vietnam.

ARTIKEL YANG SAMA