33 sekolah catat peningkatan PSR 2015

33 sekolah catat peningkatan PSR 2015

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Dengan pencapaian yang meningkat sebanyak 4.32 peratus dalam kalangan sekolah-sekolah kerajaan di seluruh negara, sebanyak 33 buah sekolah telah berjaya membuktikan kemampuan untuk melangkaui sasaran negara iaitu 74 peratus pencapaian Gred A – C dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2015.

Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Rendah (SR) Bendahara Lama, SR Batang Mitus, SR Abdul Rashid Tanjong Maya, SR Benutan, SR Lubok Pulau, SR Sungai Teraban, SR Merangking, SR Labu Estate, SR Piasau-Piasau, Sekolah Persediaan Arab BSB, Sekolah Arab Belait, SR Bukit Udal, SR Rambai, SR Pengiran Muda Mahkota, Sekolah Persediaan Arab Sungai Akar.

SR Penapar, SR Haji Mohd Jaafar Maun Kiulap, SR Bakiau, SR Mabohai, SR Muda Hashim, SR Raja Isteri Fatimah, Ma’had Islam Brunei, SR Birau, SR Panchor Murai, SR Kasat, Sekolah Persediaan Arab Temburong, SR Bukit Panggal, SR Kuala Belait, SR Haji Mohd Salleh Sungai Hanching, SR Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Sengkarai, SR Keriam, SR Selapon dan SR Puni.

Kementerian Pendidikan sehubungan itu merakamkan tahniah dan penghargaan kepada para pemimpin sekolah, guru-guru dan pelajar serta ibu bapa di atas sokongan, dedikasi dan sumbangan mereka ke arah kejayaan dalam keputusan PSR tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA