33 terbunuh kemalangan bas Algeria

33 terbunuh kemalangan bas Algeria

ALGIERS, 5 Jun – Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh dan 22 yang lain cedera apabila sebuah trak bertembung dengan sebuah bas yang terbakar di Algeria awal pagi kelmarin, kata pihak berkuasa.

Kemalangan itu berlaku pada 02:50 (0150 GMT) berhampiran bandar Aflou, 400 kilometer (248 batu) selatan ibu negara Algiers, agensi berita APS berkata sebagai memetik dari sumber pertahanan awam.

Bas itu merempuh benteng berbatu selepas perlanggaran dan terbakar, dengan kebanyakan penumpang ketika itu sedang tidur, katanya.

Kemalangan jalan raya membunuh sekurang-kurangnya 4,000 orang setiap tahun di Algeria. – AFP