330 pelari sertai Beach Bunch

330 pelari sertai Beach Bunch

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Feb – Seramai 330 pelari telah menyertai maraton ‘Beach Bunch Trail Challenge’ di Pantai Tungku, kelmarin.

Maraton ini juga disertai oleh pelari berprofil tinggi ultra-trail dari negara luar seperti Malaysia, Hong kong, dan United Kingdom.

Bagi Kategori Maraton Rintis Penuh Jarak 42.8km, juara bagi lelaki telah disandang oleh elit tempatan, Sefli Ahar dengan catatan masa selama 3 jam, 53 minit dan 23 saat. Manakala naib juara telah disandang oleh pelari Hong Kong, Wan Ho Yuen dengan mencatat masa selama 4 jam, 32 minit dan 55 saat, dan Alexander Chung, pelari tempatan, mencatat masa selama 4 jam, 57 minit dan 56 saat berada di tempat ketiga.

Juara perempuan Kategori Maraton Rintis Penuh pula disandang oleh elit Malaysia, Tahira Najmunisaa Muhan dari Malaysia dengan catatan masa 5 jam, 22 minit dan 18 saat. Itsuko Tanaka dari Jepun, pula berada di tempat kedua dengan mencatat masa selama 5 jam, 50 minit dan 59 saat, dan Moana O’ Sullivan dari New Zealand berada di tempat ketiga dengan mencatat masa selama 7 jam, 5 minit dan 6 saat.

pg20_160301_d

Bagi Kategori Separa Maraton 21km pula, juara lelaki telah disandang oleh Awang Sahminan bin Haji Mohamad Salleh yang telah mencatat masa selama 1 jam 39 minit dan 24 saat, diikuti dengan Awang Mohd Nazrul Effendy bin Ali yang mendapat tempat kedua dengan mencatat masa selama 1 jam 41 minit dan 42 saat. Di tempat ketiga pula disandang oleh Haji Saifullah bin Haji Ramli yang mencatat masa selama 1 jam 42 minit dan 37 saat.

Manakala juara perempuan pula dimiliki oleh Yvette Kortekaas yang berasal dari Belanda dengan mencatat masa selama 1 jam, 56 minit dan 21 saat. Di tempat kedua dimenangi oleh Vanessa Lobb dari Ireland yang mencatat masa selama 2 jam, 8 minit dan 8 saat. Manakala, pelari dari United Kingdom, Margaret Rait pula berada di tempat ketiga dengan mencatat masa selama 2 jam, 11 minit dan 58 saat.

ARTIKEL YANG SAMA