Polis tumpas kumpulan curi motosikal, selesai 11 kes di Lahad Datu

 

LAHAD DATU, 19 Okt – Polis menahan enam anggota ‘Geng Chinok’ yang dipercayai terlibat dalam sindiket curi motosikal, sekali gus menyelesaikan 11 kes kecurianmotosikal di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata bertindak atas maklumat, polis menahan seorang suspek di Taman Sri Perdana, dekat sini kira-kira1.20 tengah hari 23 Sept lepas.

“Berikutan tangkapan itu serta hasil siasatan lanjut terhadap suspekberkenaan, beberapa siri tangkapan susulan dilakukan di sekitar daerah ini danpolis berjaya menahan lima lagi anggota geng berkenaan,” katanya dalam satukenyataan.

Beliau berkata dengan tertangkapnya keenam-enam suspek berusia di antara 19 dan 35 tahun itu, polis berjaya menyelesaikan 11 kes kecurian motosikal di daerah berkenaan yang dilaporkan sejak hujung tahun lepas.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan, katanya. – Bernama