336 murid mulakan pengajian di SUAMPRIPAD

336 murid mulakan pengajian di SUAMPRIPAD

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jan – Seramai 336 orang murid baru Tahun 5 di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD) bagi tahun ini mengikuti Majlis Taklimat dan Pendaftaran Pelajar Baru yang berlangsung di dewan majlis sekolah berkenaan.

Majlis pagi tadi itu bertujuan untuk memperkenalkan sistem pentadbiran dan akademik di sekolah Arab di samping memberi pendedahan kepada murid-murid baru agar dapat menyesuaikan diri dengan pembelajaran dan persekitaran sekolah. Murid-murid baru berkenaan akan dibahagikan kepada 12 buah kelas.

Pengetua SUAMPRIPAD, Pengiran Hajah Radiah binti Pengiran Haji Mohd Tahir dalam ucapannya menyatakan, jumlah murid baru berkenaan meningkatkan jumlah keseluruhan penuntut sekolah tersebut kepada 1,497 orang.

Pengiran Hajah Radiah semasa menyampaikan taklimat kepada murid-murid baru Tahun 5 SUAMPRIPAD.
Pengiran Hajah Radiah semasa menyampaikan taklimat kepada murid-murid baru Tahun 5 SUAMPRIPAD.
Murid-murid baru Tahun 5 yang memulakan sesi pembelajaran mereka pagi tadi.
Murid-murid baru Tahun 5 yang memulakan sesi pembelajaran mereka pagi tadi.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Pengetua Pentadbiran SUAMPRIPAD, Haji Norhisham bin Haji Mohd Noor dan Timbalan Pengetua Akademik, Dayang Zuraidah binti Haji Masri.

Majlis seterusnya menyaksikan Pengiran Hajah Radiah menyampaikan taklimat yang diteruskan lagi dengan taklimat lalu lintas oleh Haji Norhisham.

ARTIKEL YANG SAMA