34 anggota polis terima pingat

34 anggota polis terima pingat

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Seramai 34 orang pegawai dan anggota polis menerima pingat perkhidmatan polis pada Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Polis dan Perbarisan Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei dan Muara yang berlangsung di Balai Polis Pusat, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Majlis didahului dengan kawad pegawai pemerintah dan pemeriksaan perbarisan serta penyampaian pingat yang disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei dan Muara, Supt. Husaini bin Haji Matzin. Turut hadir ialah para pegawai kanan Daerah Polis Brunei Muara.

Dalam upacara itu, pegawai dan anggota polis yang menerima pingat termasuk tiga orang pegawai berpangkat P/ASP dan 31 orang anggota pangkat rendah yang telah berkhidmat lebih daripada setahun.

Pingat Perkhidmatan Polis diberikan setelah anggota polis berkhidmat lebih daripada satu tahun dan mempunyai prestasi yang memuaskan dalam tugas-tugas kepolisan.

Supt. Husaini memeriksa perbarisan.
Supt. Husaini memeriksa perbarisan.
Supt. Husaini menyampaikan Pingat Perkhidmatan Polis kepada para penerima pada majlis berkenaan.
Supt. Husaini menyampaikan Pingat Perkhidmatan Polis kepada para penerima pada majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA