34 kenderaan luar ditahan

34 kenderaan luar ditahan

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 19 Ogos – Sebanyak 34 buah kenderaan pendaftaran asing yang menggunakan pelekat cermin gelap telah ditahan dalam operasi sekatan jalan raya di kawasan Sungai Enam Jalan Pos Kawalan Sungai Tujoh, di sini, hari ini.

Dalam operasi itu, para pemandu kenderaan diarahkan untuk menanggalkan pelekat tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke Negara Brunei Darussalam.

Tindakan itu merupakan salah satu usaha pencegahan jenayah Pasukan Polis Diraja Brunei di samping untuk meningkatkan kesedaran pemandu negara jiran sebelum tindakan tegas undang-undang diambil ke atas mereka yang menggunakan cermin gelap yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang negara ini.

Sementara itu, seorang pemandu telah dikeluarkan saman atas kesalahan memandu kenderaan dengan lampu brek belakang tidak menyala.

pg06_150820_mahkamah logo

Operasi itu melibatkan 14 anggota Balai Polis Kuala Belait, Skuad Tindakan Segera Daerah Polis Belait dan Pasukan Simpanan Polis Kompeni A dengan diketuai oleh Penolong Pegawai Penguasa Balai Polis Kuala Belait, P/ASP Mohd Wafly bin Zakaria.

Antara objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran para pengguna jalan raya khususnya pemandu-pemandu dari negara jiran terhadap undang-undang dan peraturan lalu lintas di negara ini yang mesti dipatuhi dan dihormati.

ARTIKEL YANG SAMA