34 mayat dijumpai di persisiran Turki

34 mayat dijumpai di persisiran Turki

ISTANBUL, 6 Jan (Reuters) – Mayat 34 orang penghijrah, sekurang-kurangnya tujuh dari mereka adalah kanak-kanak ditemui di dua tapak di sepanjang pantai Aegean, Turki semalam selepas mereka cuba menyeberangi Lesbos, pulau Greece yang berhampiran.

Aliran penghijrah, kebanyakannya lari dari perang saudara Syria dalam mencari perlindungan di Eropah, berterusan meskipun cuaca musim sejuk lebih sejuk, meskipun bilangan menurun. Kira-kira sejuta orang dipercayai menyeberangi atau cuba menyeberangi Aegean dalam tahun 2015, hampir lima kali ganda lebih dari tahun 2014.

Mereka yang ditemui mati semalam selepas bot mereka karam di lautan bergelora. Tidak diketahui berapa banyak kapal terlibat atau berapa ramai orang yang berada di dalam kapal itu.

Dua puluh empat mayat ditemui di pinggir laut di daerah Ayvalik, kawalan pengawal pantai Turki. Pengawal pantai berkata tiga buah bot dan sebuah helikopter melancarkan usaha mencari bagi lebih banyak mangsa yang terselamat.

“Ini adalah jenayah ke atas kemanusiaan. Adalah pembunuhan untuk menghantar orang ke laut seperti ini.” kata gabenor Ayvalik, Namik Kemal Nazli, merujuk kepada penyeludup yang mengeksploitasi penghijrah yang terdesak untuk sampai ke Eropah.

Dalam ulasan yang dipetik di laman sesawang Haberturk, gabenor berkata 50-60 penghijrah dari Iraq, Syria dan Algeria telah hantar ke laut dalam dua buah bot dari Dikili.

Haberturk juga melaporkan bahawa mereka yang terbunuh di Ayvalik termasuklah dua orang budak perempuan dan lima budak lelaki.

Rakaman TV Reuters menunjukkan satu mayat berjaket keselamatan berwarna jingga terbaring di hujung perairan kelabu di Ayvalik, dihempas ombak.

“Kami mendengar sebuah bot karam dan melanggar batu besar. Saya berpendapat mereka ini terbunuh apabila mereka cuba berenang dari batu besar. Kami datang ke sini untuk membantu sebagai warganegara,” menurut seorang saksi yang tidak dinyatakan namanya.