34 pelajar SM Rimba II terima anugerah cemerlang

34 pelajar SM Rimba II terima anugerah cemerlang

Oleh Shiqah P.H.H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac – Seramai 34 orang pelajar Sekolah Menengah Rimba II, hari ini, telah menerima sijil masing-masing pada Majlis Penyampaian Hadiah Cemerlang dan Sijil Pelajar Cemerlang, di sini.

Anugerah-anugerah berkenaan merupakan anugerah bagi para pelajar yang mendapat 5 kredit ke atas dalam Peperiksaan BGCE ‘O’ Level 2015 yang berupa hadiah insentif berupa wang tunai.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Kluster 4, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Hajah Mariam binti Haji Ladi.

Turut hadir ialah Pengetua Sekolah Menengah Rimba II, Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim, timbalan-timbalan pengetua dan para ibu bapa pelajar yang diraikan.

Gambar ramai pelajar yang menerima sijil bersama tetamu kehormat dan guru-guru Sekolah Menengah Rimba II.
Gambar ramai pelajar yang menerima sijil bersama tetamu kehormat dan guru-guru Sekolah Menengah Rimba II.

Selain itu, guru-guru yang menghasilkan pelajar yang mendapat gred A dan A* juga telah diberikan penghargaan.

Di samping itu, tetamu kehormat majlis turut memberikan nasihat dan kata-kata semangat kepada para pelajar untuk meneruskan usaha mereka hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

ARTIKEL YANG SAMA