34 pelajar SU Penanjong sertai majlis khatam

34 pelajar SU Penanjong sertai majlis khatam

Oleh Salawati Haji Yahya

 

TUTONG, 18 Sept – Seramai 34 pelajar Darjah 6 diraikan dalam majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di Sekolah Ugama (SU) Penanjong kelmarin anjuran Sekolah-Sekolah Ugama.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ketua Kampung Penanjong, Haji Jumat bin Haji Abd Kadir dan diikuti dengan bacaan surah-surah lazim daripada peserta khatam.

Majlis diserikan dengan bacaan Takhtim Dikir Ashrakal oleh pelajar Darjah 4 dan 5 sekolah ugama berkenaan dan taburan bunga rampai yang dimulakan oleh tetamu kehormat dan diikuti oleh ahli keluarga peserta khatam yang diraikan.

Antara para pelajar Darjah 6 Sekolah Ugama Penanjong yang menyertai majlis khatam.
Antara para pelajar Darjah 6 Sekolah Ugama Penanjong yang menyertai majlis khatam.

ARTIKEL YANG SAMA