34 terkorban dibadai ribut

34 terkorban dibadai ribut

ISLAMABAD, 2 Jun – Ribut kuat melanda bandar Pakistan dan rantau bersempadan pada malam kelmarin, membunuh 34 orang dan mengakibatkan bekalan elektrik terputus, menurut para pegawai.Di Islamabad, 10 kematian telah dilaporkan dan lebih 50 orang lagi cedera, kata pegawai polis Saqib Mehmoud.

Kebanyakan mangsa dihem-pap oleh pokok tumbang dan papan tanda, dengan angin bertiup kencang sekitar 150km sejam, tambahnya.

Sekurang-kurangnya 16 orang meninggal dunia di Rawalpindi berhampi-ran bandar dan sekitar 65 lagi dimasukkan ke hospital, kata pegawai penyelamat Farooq Butt.

Lapan orang meninggal dunia di wilayah barat laut Khyber-Pakhtunkhwa dan kira-kira 30 telah dirawat kerana cedera, kata Bilal Ahmed Faizi, jurucakap bagi agensi penyelamat wilayah.Ribut berkenaan telah mencabut tiang-tiang elektrik di beberapa kawasan, mengakibatkan putus bekalan elektrik selama 12 jam di wilayah tersebut, tambah Faizi.

Jabatan meteorologi di Islamabad meramalkan lebih banyak ribut dan hujan lebat berlaku di rantau barat laut itu hari ini. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA