348 terima hidayah dalam sembilan bulan pertama tahun ini

348 terima hidayah dalam sembilan bulan pertama tahun ini

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – Seramai 348 orang telah dicatatkan memeluk agama Islam daripada pelbagai bangsa dan agama di seluruh negara dari bulan Januari hingga September tahun ini.

Menurut statistik pengislaman Unit Pengislaman, Pusat Dakwah Islamiah, daripada jumlah berkenaan, Daerah Brunei dan Muara mencatat jumlah tertinggi seramai 168 orang diikuti Daerah Tutong seramai 94 orang, Belait 63 orang dan Temburong 23 orang.

Sementara itu, pecahan mengikut bangsa, jumlah tertinggi adalah dalam kalangan bangsa Iban seramai 90 orang, puak Dusun mencatat 87 orang dan Filipina seramai 80 orang.

Daripada jumlah itu juga, seramai 151 orang adalah terdiri daripada warga tempatan, 65 orang Penduduk Tetap dan 132 lagi penduduk sementara.

Statistik ini menunjukkan bahawa syiar Islam di negara ini berkembang dari tahun ke tahun.

ARTIKEL YANG SAMA